FAKULTI TEKNOLOGI KREATIF DAN WARISAN
Universiti Malaysia Kelantan

Majlis Perasmian Festival Kesenian dan Warisan 2023


Majlis Perasmian Festival Kesenian dan Warisan 2023 anjuran elektif Seni Persembahan, Jabatan Pengajian Warisan FTKW telah disempurnakan oleh Dekan Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan, Dr. Hanisa binti Hassan bertempat di laman Puteri Saadong FTKW. Turut hadir pada majlis perasmian ini adalah Prof. Madya Dr. Ahmad Azaini bin Abdul Manaf (Timbalan Dekan Akademik & Pembangunan Pelajar FTKW) dan Prof. Madya Dr. Raja Iskandar Bin Raja Halid (Timbalan Dekan Penyelidikan, Inovasi Dan Pascasiswazah FTKW). Objektif penganjuran festival ini adalah bagi menaikkan kembali elemen-elemen tradisional warisan masyarakat Melayu yang semakin dilupakan.
Date: 12-Feb-2023


LANGGAN BERITA

Langgan dan dapatkan berita terkini mengenai kami, dan lain-lain